Monday, August 22, 2005

Sehari telah berlalu...

Hari ni, hari Isnin. Kalau ikutkan ada practice malam ni. Tapi segalanya dah berakhir Sabtu lalu. Semua orang tanya, "So, how was it?" "Macam mana teater ari tu?" "Sape menang?" "How's your theatre?". Jawapan yang aku berani bagi setakat ni, "OKlaa... Aku puas hati dengan play kali ni." tak berani aku nak cakap bebanyak. Aku tak reti pun. Karang ada yang kata aku perasan bagus, overconfident, and macam-macam lagi lah... mulut orang, kita tak boleh nak kawal.

Perasaan aku lepas habis play ni, agak legalaa. Kurang satu beban. Tapi....sedih pun ada jugak. Sedih sebab semuanya hanya tinggal kenangan... Aku nie sentimental orang nyaa... sensitive pun ada gak... Kalau dulu every night practice sambil bergelak ketawa dengan telatah masing-masing, kini, aku hanya boleh tersenyum sendiri bila teringat kenangan lalu... mengalir jugak lah air mata...heheh...

Banyak lagi yang aku nak luahkan tapi tadi baru Amrah call ajak makan. Aku pun memang dah lapar..huhu... Till next time, Chiow!!

0 comments:

Post a Comment