Sunday, August 07, 2005

Aku cuma membetulkan apa yang aku rasa salah

Baru-baru ni aku baca buletin dalam 'Friendster' yang bertajuk "MAWI CRAP". Dah banyak aku dapat, dalam e-mail pun ada orang forward-forward kan. Artikel yang aku baca dalam friendster bukanlah dikarang sendiri tapi ni artikel forward-forward.

Mula-mula baca aku gelak lah jugak! Dalam hati, "pandai jugak diorang ni berhujah! siap bagi bukti-bukti yang memebuatkan peminat-peminat Mawi AF 3 terdiam". Tapi bila difikirkan semula, aku rasa tak patut pulak diorang ni tulis benda-benda macam tu dan sebar-sebarkan pulak pada umum. Aku bukan peminat Mawi tapi secara jujurnya aku berterust-terang yang aku memang minat AF. Dan aku BUKAN cuba untuk membela Mawi. Aku cuma ingin menegur pengarang 'MAWI CRAP' dan orang-orang yang men'forward' kan mesej tersebut. Anda tak rasa ke perbuatan anda itu sebenarnya mengaibkan insan bernama Mawi? Anda tak fikir ke balasan Allah ta'ala bila kita mengaibkan orang? Anda tak fikir ke bukan Mawi seorang je Qari dalam Malaysia ni?Hanya kerana ada pihak yang menyiarkan tentang latar belakang Mawi, seorang Qari. Bukan ke ramai lagi orang-orang yang bersekolah agama mahupun yang belajar di institusi agama yang perangainya lebih teruk dari itu. Jangan kata lelaki, perempuan pun sama je. Cuba anda semua fikirkan. Think out of the box. Jangan sempitkan fikiran kita. Saya rasa ramai lagi yang lebih teruk dari Mawi. Ada je orang Islam yang terkinja-kinja di kelab-kelab malam! Ada je orang-orang Islam yang hanyut dengan najis dadah! Ada je orang Islam yang meneguk arak seumpama meneguk air! Ada je orang Islam lain yang menyanyi merangkul berpuluh-puluh anugerah?! Kenapa mesti tertumpu kepada Mawi seorang? Hanya kerana dia seorang Qari? Dalam surah An-Nur: 30, memang Allah menyuruh kita menyuruh kita menjaga pandangan, tapi setahu aku, Allah taklah pulak kata hanya Qari je yang perlu menjaga pandangan. Allah tak kata hanya Qari yang bernama Mawi sahaja yang perlu menjaga pandangan?! Setahu saya, kebanyakkan penyanyi-penyanyi tanah air kita ni, melayu yang beragama Islam. Majoritinya perempuan. Pakaian terdedah sana, terdedah sini, takde pulak orang forward kan mesej-mesej layang ni. Oh! baru saya teringat, mungkin sebab mereka BUKAN Qari kut??? Pada pendapat aku, keputusan Mawi untuk menyertai AF3 adalah urusan dia dengan Allah Ta'ala. Kita tak ada hak nak kutuk-kutuk apa yang dia buat. Memang ada perkara-perkara yang dia lakukan agak tidak menyenangkan tapi bukan dia sahaja orang Islam yang menyertai program ni. Ada je yang secara rela berpengang-pegangan tangan, tak ada pulak orang yang kutuk? Mungkin sebab mereka bukan Qari kut?? Bagi aku, sebelum kita sibuk mengata tentang hal orang, lebih baik kita 'check' dulu diri kita. Cuba perbaiki kelemahan diri kita sebelum kita mengata, mengutuk atau mencaci orang lain.

Sekali lagi aku ingatkan kepada semua, aku menulis bukan kerana aku peminat si Mawi ni. Aku cuma menegur kerana aku sayangkan orang Islam. Hanya kerana mesej forward-forward yang mengaibkan ni, ada hamba Allah yang ditanya di padang Mahsyar kelak. Memang niat sebenarnya baik untuk menegur tapi dengan menyebut nama sekali, ini dah kira mengaibkan orang. aku menegur bukan sahaja orang-orang disekelilingku (kawan-kawan) juga pada diri aku sendiri. Ini bukan pasal Mawi sahaja tapi ini mesej peringatan dari orang Islam kepada orang Islam lain. Wahai anak-nak Adam, tak takut ke...

Mesej dipetik dari buletin Friendster.
Pandangan Pertama (1)
Dahulu Mawi: Seorang qari yang pernah melunakkan bacaan al- Quran. Antara petikan surah yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang hidupnya: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman; hendaklah mereka menahan (merendahkan) pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (Surah An-Nur ayat 30). Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil> duduk bersila penuh tertib dan adabnya.

Kini Mawi:Qari yang sama memerdukan dan menyaringkan nyanyian. Antara petikan lagu dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat. Aduhai, lemah lembut gayanya." (lagu penyanyi lama) Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas memandang tepat ke arah wanita yang berdiri di sisinya.

Pandangan Kedua (2) Dahulu Mawi Seorang bilal yang pernah melaung azan sambil berdiri tegak. Antara terjemahannya membawa erti "...menuju kejayaan" Kini Mawi Bilal yang sama menyanyi lagu tema rancangan sambil menari rancak. Antara alunannya berbunyi "...menuju puncak". Pandangan Ketiga (3) Memetik kata Mawi " ....dia mesti bertudung..." Dengan petikan itu maka;
1. Tudung Mawi diberi nama dan laku diniagakan
2. Seorang peserta bukan Islam memakai tudung secara bergurau lantas mengejar Mawi
3. Seorang juri wanita Islam yang tidak bertudung tidak semena-mena memakai tudung berbentuk selendang di kepala seraya berkata "saya kalau nak komen Mawi mesti pakai tudung." Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan jeritan penonton menyambung gurauan dan perbuatan main-main ke atas tudung ini. Main-main dengan hukum Allah.

Pandangan Keempat (4) Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi akan mempertahankan Mawi habis-habisan apabila dimaki tetapi apabila Nabi dan agama Islam sendiri dicaci, di mana kalian 'bersembunyi' selama ini?

0 comments:

Post a Comment