Thursday, June 01, 2006

Bestfriend OR 'Bestfriend'

Frankly speaking, I have no bestfriend or 'bestfriend'. Bestfriend kat cni refers to kawan baik while 'bestfriend' is the opposite of 'kawan baik' or in other word, orang yang tak disenangi. Oklah...'bestfriend' tu ada lah gak kadang-kadang...biassalah manusia... ade je yang tak kene sana-sini.. Tapi klu bestfriend, aku betul-betul takde. Ada sorang ar waktu kat skolah dulu tapi pasal dah lama tak contact aku pun dah tak tau status ktorang macam mana..heheh.

Close friend, ramai. Ramai je member-member yang rapat ngan aku tapi seorang pun bukan bestfriend. Senang cakap buat masa ni takde lagi yang sesuai. Bagi yang membaca blog ni, harap-harap janganlah ada yang kecil hati... Sekian.

Friday, May 05, 2006

Ceramah dr Ibu

Mak pesan semalam, pas solat kene angkat tangan doa mintak dapat jodoh yang baik, beriman, soleh, boleh bimbing keluarga and tambahan 1 lagi, kalau boleh umur biar tua sikit... rasa-rasanya ciri-ciri yang awal-awal tu ada pada si dia tapi tang umur tu...heheh... Susah ar... Camner nak explain ni... Mak cakap seelok-eloknya la... tapi aku paham macam mesti je...Alaa...susah ar...

Sunday, April 02, 2006

Dah genap dah...heheh

Dah genap dah...

22/03/06 - 02/04/06... Dah genap 10 hari aku mengakhiri zaman scandal aku. Heheh... tak sia-sia aku melabur prepaid selama...tambah tolak, ade laa dalam 3bln lebih... Sape kata simpan duit kat bank je kita melabur untuk masa depan? Ni kira melabur untuk 'masa depan' gak ni.

I would like to thank all my dear friends for supporting me... from day 1 till today... Thanks, you guys!! Please pray for me and 'I****'...pray that our relationship will last forever... Dah penat nak melabur...and rasanya dah tak berapa muda untuk start scandal baru...

Tuesday, March 14, 2006

Al - Usrati

Al-Usrati

Literally it means My family and technically it means My family gak. Hmm... dah sebulan dah... Babah aku patah kaki, Yana, adik aku diagnosed kanser and yang lain-lain seperti biasa and mak, kene buat extra kerja. Kesian Mak, kene bekejar-kejar kesana sini. Layan Babah, Izhar punya karenah, Ubat-ubatan Yana. Sorry mak...Atih tak dapat tolong Mak... Pernah sekali kitorang 'bankrupt' pasal Babah belum dapat gaji and duit pencen Mak dah habis digunakan. Nasib baik baru-baru ni aku baru dapat 'durian runtuh' alaa...business kecil-kecilan..bolehlaa..
Tapi tak boleh guna secara 'lagha'nya pasal tulah elaun aku minggu ni.. Baru tadi Babah call tanya PeTiPuTipuaN dah masuk ke belum, aku jawab belum lagi... Lambat lagila aku jadi orang kaya baru...

Hari ni semuanya dah bertambah ok. Babah dah boleh drive walaupun masih jalan bertongkat and Yana stay off campus pasal kene berubat kat umah. O, Izhar kene antar gi Qiamulail heheh... tak sabar nak balik umah nak sakat budak tuh! Fakrul? Kat asrama ntah apa ank jadi ngan budak sorang tu.. Ain? Dia boleh dikategorikan sebagai anak yang 'agak' cemerlang ar.. selepas Yana. Aku? Cam nie jelah, kat kampus tengah pening-pening kepala nak siapkan term papers....argh!!! Dah bosan belajar sebenarnya!

Aduh Normala...

Aduh Normala...

Huhu...
Sampai hati kau
Perlakukan kami sebegini rupa
Sungguh kami tak sangka
Sungguh kami tak menyangka
Dari Edward and Pia
Hingga Geology of Malaysia
Kami masih lagi tak dapat meneka
Apa yang bermain diminda
Apa yang dipinta
Apa yang nak dikata
Aduh Normala
Tidak kami sangka
Final dah nak bermula
Tapi kelas masih seperti biasa
Aduh Normala
Bukalah mata
Pasanglah telinga
Kami dah mengata-ngata
Dah bermacam-macam prasangka
Tentang dirimu
Aduh Normala...

Tuesday, January 31, 2006

Akhirnya!

assalamualaikum...
akhirnya anak sultan selayang muncul kembali hehehe.... Selamat Tahun Baru!! aku tau..aku tau.. lewat sebulan tapi masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...kelendar Islam daa...

hmm.. dah lama gak rupanya tak update blog.. ntah-ntah orang pun dah malas nak bukak blog aku... hmm? tak kisah pun..

latest updates:
1) aku dah 3rd year. - yeay!!!
2) tak sabar nak grad, nak kawen...- hehe... special attention to one particular person, aku setia menunggu ko...
3) masih busy...-theatre club, atomic jaya (this project is the pain in the neck!sick of it), kenyalang (yeehaa! sarawak here i come!).
4) sibuk berscandal-ni yang amrah tak puas hati ni..every sem ek, amrah?
5) masalah menimbun-alamak! ni sesapa pun tak boleh tolong... Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.
6) dah beberapa kali emotional breakdown - TENSION! keje, assignment, exam.. member (kekadang)
7) midterm - latest, pas midbreak. huhu tapi tak sure bila...baru check tadi..
8) bf? - masih belum ada... salah satu cara aku mempromote diri.. kuikuikui!!
9) sengal- latest word yang hangat digunakan skang... introduced by syima pada tahun 2005. lekat sampai skang.
10) adik-beradik sengal-takde kaitan pun.. saje nak bagi cukup list sampai 10. tapi comel-comel belaka. hehe...

Sekian, terima kasih.

Lupe, hari tu gi tengok Baik Punya Cilok ngan amrah and the favorite guys (note the 's'). Gelak sampai keluar air mata....kelakar yang amat sangat!! nasib baik tengok ngan bebudak ni, so, tak segan silu nak gelak sampai pecah perut! Buli Balik tak tau lagi...