Saturday, March 26, 2005

puas + tak puas = puas

puas + tak puas = puas

Formula aku untuk minggu ni. Aku puas hati jawab exam hari ni, walaupun aku rasa jawapan aku banyaklah jugak yang dah menyimpang. Aku tetap rasa puas pasal aku cuba jawab sehabis baik!! (Yosh! Peace!! hehe..) Selepas dua hari menjawab paper agama, kini tamatlah sudah zaman ustazah aku... aku akan mula bukak balik bible!

Aku bukan overconfident yang aku boleh score paper ni tapi aku puas hati pasal and seronok pasal tak blur waktu exam...bertambah seronok lagi bila "inspiration" aku duduk dekat ngan aku...

Hmmm... Speaking bout my "inspiration", lepas abis exam hari tu (Wednesday, 24th) cepat-cepat aku jalan sebelah dia...konon-konon nak buat confession tu (refer entry )tapi... it turns out that I don't have the guts to do so...

Kami jalan beriringan untuk beberapa ketika (pasal tengah sesak orang suma nak keluar dewan peperiksaan). Lepas je pintu dewan, kami berpisah membawa haluan masing-masing. Aku merelakan pemergian dia. Pasrah. (Huhu...macam tulis novel melayu lak!!! Ahadiat Akasha pun gulung tikar beb!!) Tim memang kawan yang memahami, dia biarkan aku jalan beriringan dengan "inspiration" aku (Thanks, Tim!). Waktu kami berpisah, aku bagi isyarat kat Tim, "aku tak berani..." Tim senyum.

Aku ambil barang-barang yang aku tinggal kat luar hall. Payung Ada dah takde hmmm... Ada dah pulang ke kampung halaman, Simpang Pulai, Perak.

Tiba-tiba, aku berubah fikiran.
"Eh, Tim, What the hell kan? Baik aku cakap je kat dia... Bila lagi aku nak buat kerja gila cam nie..."
"Betul ko nak bagi tau dia?" Tim tanya.
"Mmm." jawabku tegas.
Pendekkan ceriter, "inspiration" aku bejalan 10meter depan aku ngan Tim. Kitorang cuba untuk jalan selaju yang boleh. Tapi laju-laju kitorang, laju lagi "inspiration" aku bejalan. Hujan turun. Makin lama makin lebat. Aku bersyukur. Kononnya dengan harapan akan stranded di tempat yang sama tapi... harapan hanya tingal harapan. Only Hope. Rupa-rupanya dia tak stranded, digagahi juga kakinya untuk terus melangkah balik ke asrama. Tinggalah aku ngan Tim, stranded pasal takde jalan yang berbumbung untuk balik ke asrama. Sekali lagi aku pasrah.

The lesson from this story is, don't be afraid to take chances! Aaaaaaa.... napelah aku tak pikir?? Aku just nak bagitau dia yang aku suka tengok dia and aku rasa dia cute je... bukannya aku nak confess yang aku cintakan dia... Aku tak puas hati dengan diri aku...

Actually, the main agenda for that day was not the confession but my examination. The confession is just the side dishes. That's why lah formula untuk minggu ni, "puas + tak puas = puas."

0 comments:

Post a Comment