Sunday, December 16, 2007

Salam...

Salam..
Bertemu lg kita.. Alhamdulillah..hehehe.
Lama dah rasanya xbelek blog sendiri.. Sebenornye bukan apa.. Aku xtau nak tulih apa.. Tp bila dah busy menganggur kat rumah ni byk plak ilham2 yg datang.. Kebusy-an aku menganggur ni pun sumber ilham utk entry kali ni gak..hehe..

Aku rasa mesti ramai gak yg setuju kalau aku cakap antara aktiviti2 org menganggur adalah mencari keje.. (tu mmg dah jd kewajipan). 1 lg, membesarkan organ2 dalaman hingga nmpk di luaran.. Kadang2 ada jugak yg telebih aktif dlm aktiviti ni tp kesihatan kene jaga beb.. Jgn sampai tersumbat saluran darah tu, kang xsempat nak masuk keje..huhu.. Antara aktiviti lain yg turut dilakukan ialah bekerja separuh masa.. nak dapat pengalaman la kunun2 huhu.. Dan aku rasa aktiviti yg paling popular di kalangan penganggur2 termasuklah aku skali ialah, bekerja sebagai buruh sepenuh masa di rumah sendiri. Stengah org suke menggelarkan diri mereka maid, org gaji atau pun bibik. Jd buruh kat rumah ni ada job scope dia yg tersendiri gak.. Ada yg keje jd driver mak bapak je, ada yg jaga anak jiran atau pun anak kakak (nama glamour baby sitter), ada gak yg jd tukang kebun (maklumlah amik landscape architechture masa tgh blajar dulu). Aku ni jatuh dlm kategori maid gak ar.. cuma aku blh multitasking buat keje2 opis..hehehe.

Selain jd maid yg xberapa nak rajin, aku juga turut menyediakan perkhidmatan YM-yahoo messengger. Dimana aku akan melayan mereke2 yg buhsan and asyik nganga je kat opis (bak kata zarin). Ofis hour aku dlm kul 10 centu, nnt ada lah pelanggan2 yg akan mem-buzz aku..huhu..hehe.. So far aku dah ada 1 pelanggan tetap.. Penganggur2 yang seangkatan pun turut melanggan perkhidmatan aku.. So, for those of you out there yg turut nganga semasa bekerja, jgn segan silu menjadi pelanggan saya.. add je, atih2012@yahoo.com diulang atih2012@yahoo.com. BUT don't forget tu identify yourself! I tak layan strangers you.. hehe.. Ingat tuh!

Ha! kan aku cakap aku ni blh multitasking, aku juga selalu menjadi pengiring Bonda ke majlis2 keramaian a.k.a. kenduri kawen. Sbb dah bosan dok kat rumah so, aku pun mengembangkn sayap ke majlis kenduri kendara orang.. Agak2 terase nak makan nasi minyak, aku escort ar Mak g kenduri..hehe.. Seronok gak, dapat tgk perspektif baru..heheh.. So far, lauk kenduri yg paling enak ialah kenduri baru2 ni kat kg. Pergh!! lauk dia.. terbaik siooot.. Gulai cili api daging kerbau, FRESH!! Oleh kerana ari tu kami sampai lambat kat kenduri tu, aku pun mengambil kesempatan menambah2 lauk tersebut..hehehe.. Lg best sbb dpt tapau bawak balik.. (Org kek Dublin tu mesti melelehkan air liur bila baca..Ahahaha!) Sedaaaap.. hehehe.

Bg org yang celik IT plak, kesibukkan menganggur ni tidak menghalang mereka dr menaik taraf diorang punya blog, site friendster, my space and etc. Time mcm ni lah bru nak hantar comment kat member2 friendster (aku la tu), nak edit2 profile friendster, myspace, facebook, multiply, etc. Aku ni xdelah celik mana pun.. Ckit2 boleh laa..

p/s:Hmm..Kalau ikut kan sibuk gak org menganggur ni.. hehehe..
p/s:Kpd Tengku Akrami, Selamat menunaikan ibadah haji.. Semoga dikurniakan haji yg mabrur.. Dan semoga selamat pulang ke Tanah air nnt.. Amiin..

0 comments:

Post a Comment