Thursday, May 12, 2005

Aku dah bekerja!!

Aku dah berkerja

Skang nie aku dah berkerja... cheeewah! bunyi macam hebat je... skang tengah short sem, aku regis satu subjek je.. kelas aku selasa-khamis, pagi je lak tu... untuk memenuhkan masa yang berlambak tu, aku pun merantau ke seluruh kampus, mencari kerja. Macam member aku, Hanim, dia keje untuk beli hadiah untuk boyfriend dia. Aku lah cari keje untuk dapat experience kot...ntah laa.. Aku keje kat tempat jual tudung, alaa stall kecik-kecik je... Aku keje waktu petang lepas kelas, pukul 2 sampai pukul 6. Bosan seh!! kalau takde customer! duduk laa aku melangut bersendirian tanpa teman berbicara..hehe... ayat poyos!! kekadang yang buat aku marah bila customer nak bukak-bukak tudung dari hanger! kalau satu dua aku tak kisah sangat... ni kalau dah empat lima tu yang buat aku panas... dah la memang panas kat situ betambah-tambah meluaplaa bila customer cam ni datang... aku bukan merungut tapi ni blog aku, sukahati akulahh nak merungut ke...nak melangut ke... (Ha! Amrah, gelak! gelak! hehe... Amrah memang seronok untuk dikenakan..) hari-hari menjual yang paling bahagia bagi aku bila aku boleh jual banyak... tapi ngan aku susah ckit ar.. dapat diskaun!! bukan kedekut.. tapi kesian kat bos. tulah satu-satunya source of income dia... orang melayu cakap, periuk nasi... (bukan rice cooker tau Amrah) Hal-hal gaji aku malas nak citer, yang penting aku memang pekerja yang dedikasi. Ya! tidak syak lagi!! Keje dua hari tapi datang lima hari... Bagus tak!!! kan..kan..kan...Jenet kan..

0 comments:

Post a Comment