Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Saturday, December 19, 2009

Innalillah..

Innalillahi Wa Innalillahi Raji'un..
"Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia jugalah kita kembali."

Peringatan kepada diri sendiri:
  1. Segala yg terjadi ada hikmahnye. Mungkin Allah nk kita jadi orang yg lebih baik dr sebelum ni.
  2. Mungkin sebelum ni kita lalai dan lupa kat Dia.
  3. BerSABAR, BerSYUKUR and BerDOA lah!
  4. Happiness will come bila kita betul2 redha dgn ujian Allah.
  5. Be POSITIVE!
  6. Terusksn berDOA dgn YAKIN!
  7. Dapatkan kasih sayang Allah dgn berSYUKUR atas segala nikmat yang Allah dh bg.
  8. Utk bahagia dan berjaya, kenalah berSABAR barulah pass ujian Allah.
  9. REMEMBER! Allah tu Maha Mendengar n Maha Mengetahui apa saja yg kita bisikan dalam hati kita - tu juga DOA.
  10. Banyakkan merayu pada Allah...

Tuesday, September 15, 2009

Pesanan buat sahabat-sahabat.

I've read this before in a friend's blog and copied it from his too. Take your time, read it again, and HAYATI. Kadang-kadang kita terlalu excited. Sampai kita lupa kat DIA. Kita lupa suruhan dan larangan DIA, kita langgar. Kita byk sangat alasan.. Sedangkan bila kita ada problem, merungut-rungut and merayu-rayu kat DIA, xde pulak DIA bg alasan, DIA bagi petunjuk dan hidayah ada lah...
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT .

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda ' bulat ' .
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ' bukti ' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat ,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manfaat...?

Monday, January 28, 2008

Peringatan buat yg masih bergelar student..

Skang aku semakin rajin. Lebih rajin dari masa belajar dulu. I read more often now.. yelah nak pahamkan anak murid cikgunye kene la paham dulu baru boleh kelentong lebih2 ckit. Skang ni baru aku paham sangat2 apa yg cikgu2 and lecturer2 aku rasa dulu bila murid yg dia ajar tak paham2 or malas. Sebagai guru, seriously, aku xkisah kalau murid2 aku tak paham sebab aku akan try ajar sampai dorang paham. TAPI yang aku kisah sangat2 kalau murid tu sendiri MALAS nak paham or cuba paham. Bila kita mengajar kat depan tak mau dengar. Hish, rasa nak sekeh2 je org macam tu..huhu.. Bazir air lioq je! huhu.. Kadang2 aku confuse gak, memula dulu aku bukan main baik ngan student aku tapi lately, pantang salah sikit. Terus tinggi suara. Bila pikir balik, macam xbaik je buat centu. Sian gak kat dorang datang jauh2 dari Somalia, Korea, Chad, Mongolia pastu g kelas kene marah..huhu.. tak baiknye.. Aku rasa angin kus2 aku ni disebabkan PMS ni..huhu.. Dahla dorang tu xpandai, cikgu sorang lg plak memang garang, aku patutnye jadi cikgu yg xgarang. Taklah student tension blajar..huhu.. Apa2 pun aku nak ingat kan lah kat sesape yg baca blog ni n still begelar student, bacalah buku rajin2 kat rumah tu. Sianlah kat cikgu2 or lecturer2 korang.

One more thing yg aku xpuas ati. Asal member2 aku yg dah keje aku tgk makin kurus. Aku plak mcm makin mengembang..huhu.. Org cakap bila dah keje, badan makin kurus, aku macam tak je..huhuhu.. Org jugak ckp, bila kita dh penat keje, kita dah xlalu nk makan, aku mcm tak je..huhu.. Huhuhu.. Nak KURUS!!!! Nak jugak!!! NAK!!!!